Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah


Assalamualaikum pembuka bicara,
kepada semua Muslim di dunia,
Syaban pergi Ramadhan pun tiba,
untuk menambah amalan dan pahala.

Ternyata terlalu cepat masa melintas
bagaikan tidak percaya Ramadhan yang ku tinggalkan tahun lalu
kembali menyusul di hadapanku
biar pantas bagaimana pun berlalu
perjalanan dalam kehidupan tetap perlu diteruskan

Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia
dan kehadirannya hanya sekali setahun
maka dengan ini, aku berharap dapat sempurnakan ibadah dengan sebaik mungkin
jika diteliti, Ramadhan kali ini sangat menggembirakan hati
kerana dapat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga
3 tahun berturut-turut sebelum ini
aku terpaksa berjauhan daripada keluarga dan hanya menghabiskan 
penghujung Ramadhan bersama keluarga
atas sebab menuntut ilmu 

Meskipun begitu, dapatlah juga aku menghadapi Ramadhan
bersama teman-temanku yang sangat rapat
tapi semua itu tinggal kenangan 
dan apa yang ada kini hanyalah persahabatan yang tiada putusnya
diharap mereka semua tabah dan sabar menjalani ibadah di bulan Ramadhan


Semoga Ramadhan 1432 Hijrah dapat memberikan 
aku ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk
menghadapi segala dugaan dan cabaran
sepanjang sebulan tempohnya.

Akhir kata, Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia..


No comments:

Post a Comment