Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah


Assalamualaikum pembuka bicara,
kepada semua Muslim di dunia,
Syaban pergi Ramadhan pun tiba,
untuk menambah amalan dan pahala.

Ternyata terlalu cepat masa melintas
bagaikan tidak percaya Ramadhan yang ku tinggalkan tahun lalu
kembali menyusul di hadapanku
biar pantas bagaimana pun berlalu
perjalanan dalam kehidupan tetap perlu diteruskan

Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia
dan kehadirannya hanya sekali setahun
maka dengan ini, aku berharap dapat sempurnakan ibadah dengan sebaik mungkin
jika diteliti, Ramadhan kali ini sangat menggembirakan hati
kerana dapat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga
3 tahun berturut-turut sebelum ini
aku terpaksa berjauhan daripada keluarga dan hanya menghabiskan 
penghujung Ramadhan bersama keluarga
atas sebab menuntut ilmu 

Meskipun begitu, dapatlah juga aku menghadapi Ramadhan
bersama teman-temanku yang sangat rapat
tapi semua itu tinggal kenangan 
dan apa yang ada kini hanyalah persahabatan yang tiada putusnya
diharap mereka semua tabah dan sabar menjalani ibadah di bulan Ramadhan


Semoga Ramadhan 1432 Hijrah dapat memberikan 
aku ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk
menghadapi segala dugaan dan cabaran
sepanjang sebulan tempohnya.

Akhir kata, Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia..


aku di sini


ALHAMDULILLAH


Ramadhan kembali jua menemuiku..
tak ku duga, dah lebih sebulan tidak membariskan ayat di dalam blog ini..
seakan-akan terasa kerinduan yang mendalam
maka aku kembali memunculkan diri di sini

syukur sangat kerana diri ini masih diberi kekuatan untuk menaip dan bercerita
barangkali kerana kekangan waktu dan kekurangan tenaga
yang menyebabkan penulisan tergendala
tapi nak tak nak kenalah rajinkan diri menaip dan berkongsi cerita
agar blog yang dibelai ini tidak ditelan sawang

aku berharap dengan masa yang ada dapatlah dimanfaatkan
dengan penulisan yang baik untuk dikongsi bersama
lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini
memang ini sajalah ruangan yang ada untuk meluahkan perasaan
di kala suka atau duka

bila dihitung dan diimbas balik
banyak lagi kisah dan pengalaman yang belum dipapar
memang tak terkira banyaknya
harap-harap dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin
apa yang diharapkan adelah agar post yang dikirim
dapat disampaikan kepada pembaca...

sekian