Langkah demi langkah aku lepasi
liku demi liku aku harungi
rintangan demi rintangan yang tiada noktahnya aku tempuhi
ku sedari sukarnya untuk aku hadapi
tiada kata2 indah yang mampu dilafazkan lagi
aku seolah-olah tiada daya untuk mengharungi
seakan-akan perjalananku diintai dan disaksi
mungkin inilah satu dugaan yang perlu dihadapi
perpisahan,mengapa ini harus berlaku
aku sedar aku tidak boleh mengelak kejadian ini
apatah lagi mendoakan perpisahan ini berpanjangan
kerana aku sangat memahami bahawa kita akan sentiasa bersama
namun tanpa ku sedari keakraban yang dibentuk ini mudahnya terhakis
bukan aku mahu mengheret masalah tetapi cuma mahukan penjelasan
bukankah ia adil untukku mengetahuinya
janganlah biarkan luka yang dalam bertambah melarat
kongsikanlah dan bisikkan lah di telingaku ini
kerana aku yakin aku mampu mendengar dan membantumu
wahai sahabat yang ku cintai
tidakkah kau rasa kau semakin jauh dariku
aku mengenalimu dengan sepenuh hati
tanpa mengharapkan ia akan pudar dengan sepenuhnya
aku tahu diri ini bukanlah terbaik dalam kalanganmu
diri ini tidak begitu sempurna untuk bersaing denganmu
badan yang kuat ni tidaklah setanding dengan tubumu
mahupun bibir yang menghalusi kata-kata ini tidak seindah bahasamu
mataku menjadi kabur
lidahku menjadi kelu
tanganku terketar-ketar
kakiku menjadi kejang
adakah ini petanda yang kurang enak
atau inilah adalah suratan
meskipun pelbagai perkara berlaku
aku tetap menyayangi persahabatan ini
kerana hubungan inilah yang menyatukan kita
dan hubungan inilah juga yang membawa kepada kemesraan dan keceriaan
apa lagi mahu disorokkan, amat jelas kita memang akrab
janganlah berselindung di bawah pohon jika daunnya tidak mekar
berdiri lah di atas gunung yang tinggi dan menjerit sepuas-puasnya
kerana dengan cara itu saja kau dapat melepaskan emosi yang melanda
dengan itu saja segala yang terbeku di dada dapat dicairkan
wahai kawan, aku memohon maaf andai wujud silap dan salah
aku mengerti banyak perselisihan berlaku tapi janganlah biarkan ia merencatkan perhubungan ini
selesaikanlah dengan sebaik mungkin
dan redakanlah dengan kata kemaafan dan sinar senyuman yang ikhlas
dengan cara itu sahaja aku dapat menghela nafas yang panjang
lantas ku genggami tanganmu dengan erat dan teguh sebagai tanda penyatuan dan berkekalan
kawan, jika kau baca
renunglah sedalam-dalamnya
kerana ini adalah nashkah buatmu
stanza ini disusun dengan sepenuh jiwaku buatmu
hanya satu ku pinta
engkau akhirilah bacaan ini dengan satu jawapan yang suci dan murni
wassalam... A.A
No comments:
Post a Comment